AHLAN WASAHLAN ya sodiqoti ..!

selamat datang ke blog ana .. semoga kita dapat sama
sama menyebarkan agama ALLAH !! selamat berjuang dan salam ukhuwah ..!




Sunday, January 1, 2012

KISAH SEORANG GADIS

aku segera membuka kotak kasut yang terkandung diari-diari dan juga surat-surat yang memampatkan ruang . aku capai diari-diairi itu lalu ku baca. surat-suratnya juga ku baca. hatiku mula dilanda kesedihan tramat . oh kawanku ...
dulu , dia pernah ceritakan padaku ,,

~ibu bapanya selalu mengatakan dia anak derhaka kerana melawan cakap mereka . dia selalu berlaku kurang ajar pada mereka . dia juga seorang anak tidak berguna kepada ibu bapanya . ibunya juga mengatakan bahawa luarannya saja nampak baik , tapi dalamnya tidaklah sebagus mana . berpakaian saja ikut syarak , tapi perangai tidak pula..
~adik-beradiknya sering sakit badan kerana dia selalu memukul mereka. dia selalu menggunakan kekerasan kepada mereka . dia juga tidak sayangkan adik-beradiknya . pernah dia terbaca diari adiknya yang tertulis bahawa dia seorang kakak yang zalim dan hanya tahu menunjuk-nunjuk kononnya dia alim snagat untuk cari artikel-artikel tentang islam.
~kawan-kawannya selalu menangis kerana dimarahinya . mereka juga kecil hati kerana di sindirnya . kadang-kadnag pernagainya snagat menjengkelkan kawan-kawannya . konon memberi ceramah agama ,tetapi diri sendiri tidaklah baik mana !

kini , aku dapat mengetahui cerita sebenar ,, di dalam diarinya ,,
~"ibu dan ayah aku sering mengatakan aku anak derhaka. aku ini memang tak berguna pada mereka. aku selalu disisih. ibu lebih sayangkan adik-adik daripada aku. ibu selalu lebihkan barang-barnag adik-adik bila berbelanja. jika aku tanya kenapa , dia jawab , aku ni tak reti jaga hati mak bapak . aku tahu aku tak sepandai adik aku. aku sedar ittu. aku bukan berniat nak melawan cakap mereka. akku akan membela diri jika mereka menuduh aku jika aku tidak bersalah. mereka memang sering menuduh aku jika ada kesalahan. aku juga melawna kata mereka jika kata-kata mereka terpesong daripada syariat islam . jika mereka berbuat dosa , aku akan menegur , tetapi bagi mereka ,aku ni anak yang tak kenang budi, pandai pula nak mengajar orang tua. aku redha mereka menyumpah aku begitu"
~"adik-adikku , aku berkeras dengan korang sebab aku sayangkan korang . aku tak nak kornag terus membuat keslaahan. pada permulaannya aku menggunakan nasihat yang baik. namun korang tak juga mahu mendengar , malah menidakkan lagi nasihat aku . kornag memperlekehkan tugas aku untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada korang . korang juga mengasari aku ,sebab itu aku mengasari korang . kornag sring anggap aku ni zalim . tapi korang tak pernah pula berterima ksih kerana jaga korang masa sakit , masakkan untuk korang , buatkan air untuk korang , jadikan bahu dan riba aku sebagai tempat ridur korang .. korang tak pernah hargai itu semua . korang tak pernah berterima kasih pada aku , tetapi pula mengatakan aku kakak yang zalim .."
~"kawan-kawan , aku juga menangis kerana kalian . hati aku sakit di ejek kalian . jiwa aku sunyi kerana tiada teman . semua ornag memandang rendah martabatku . aku tahu aku tidak secantik dan setanding kalian . aku memarahi kalian kerana kalian jga memarahi aku . aku hany tegakkan pendirianku . ya , didepan kalian aku tidak menangis, tetapi jiwa aku cukup terseksa dengan rasa berslaah dan kesedihan yang tak tertanggung ..pernahkah kalian hargai kasih sayangku kepada kalian? setiap hari aku pendam perasaan terhadap kalian . aku ingin juga mempunyai ramai teman . tapi aku tidak ada peluang itu . kawan-kawan , aku sedar aku cuma gadis biasa . kalau ada salahku , tegurlah aku . aku minta maaf jika teguran dan nasihatku pada kalian menyakitkan hati . aku juga insan biasa yang mealkukan keslahan . tapi janganlah kalian mengejek dakwah agamaku , kerana itu agamamu juga . aku sayang kawan-kawanku walaupun aku tak pernah wujud dalam diri kalian"

aku tutup diari-diarinya . terlalu banyak kesengsaraan hidup yang harus ditanggungnya . namun cuba digagahi dirinya agar tiada sesiapapun yang tahu bahawa dia sedang menderita dalam diam . mataku beralih pula pada surat-surat yang menimbun . teringat aku pada kata-katnaya , agar aku membaca surat yang bersampul ungu . aku capai dan ku buka perlahan-lahan sampulnya lalu ku baca suratnya ....

Assalamualaikum ..
kepada yang membaca surat aku ni , aku ucapkan terima kasih, aku harap kau dapat menghabiskan bacaan kau . kerana surat ini khas untuk kau , wahai sahabat sejatiku ....
                 terlebih dahulu , aku minta maaf pada kau sebab aku tak dapat jumpa atau hubungi kau sejak akhir-akhir ni . kau pun pasti dah tahu mengapa kan ? aku minta maaf sangat-sangat jika aku tak sempat berborak panjang pada kau .
wahai sahabat ,
                  aku amanahkan kau untuk simpan surat ini dan juga barang-barnag dalam kotak ini dengan baik . sampaikan salam aku pada keluargaku dan juga shabat-sahabat kita . aku rindukan korang semua . wahai sahabat ,, aku memilihmu untuk menyimpan kotak ini kerana kau selalu menemani sunyiku dan sedihku . aku terhutang budi pada kau . kau saja yang memahami aku selain ALLAH ..
wahai shabat ,,,
                  setiap hari aku berdoa agar suatu hari nanti aku tidak menyusahkan lagi keluargaku dan kawan-kawanku .. aku berharap semoga mereka dapat hidup tenang tanpa memikirkan lagi tentang diriku .. doaku makbul , sahabatku ... semoga pemergianku dapat menggembirakan mereka .
wahai sahabat,,,,
                   aku disahkan menghidapi tumor otak dan kanser hati .. lama aku diamkan hal ini daripada sesiapapun termasuk kau . sebab aku taknak risaukan kau dan menyusahkan lagi  orang-orang yang aku sayang. tapi , aku tak dapat terus merahsiaknnya . hari ini kau tahu juga . aku menulis surat ini sehari selepas aku ditahan di ICU . maafkan aku kerana membiarkan kau keseornagan .
                  aku minta maaf kerana tak dapat ketawa dengan kau lagi , kongsi makanan dengan kau lagi , nyanyi lagu dengan lagi dan aku dah tak boleh nak sma-sama berdakwah dengan kau lagi . kaau carilah kawna baru . aku tak akan kembali . terima kasih sebab jadi sahabat sejatiku ..
                                                                                                                                ~ikhlas dari aku~


aku menangis semahu-mahunya .. hatiku ngilu dan pilu .. begini sekali penderitaan kau .. maafkan aku kerana tak dapat menemani kau di saat akhir kau .. aku tak dapat menjadi sahbat yang baik .. aku minta maaf , kawan ...........

No comments:

Post a Comment