AHLAN WASAHLAN ya sodiqoti ..!

selamat datang ke blog ana .. semoga kita dapat sama
sama menyebarkan agama ALLAH !! selamat berjuang dan salam ukhuwah ..!




Monday, February 27, 2012

ORANG KAYA atau ORANG MISKIN ??


ada DUA jenis orang yang berjaya untuk dicontohi ;

~ ORANG KAYA yang berjaya
~ ORANG MISKIN yang berjaya

cerita ORANG KAYA :
dia hidup dengan tersangat mewah dan mempunyai syarikat keluarga . dia belajar pun di sekolah swasta , tuisyen sana sini , siap ada guru tuitor sendiri , ada laptop sendiri untuk mencari maklumat , ada driver untuk bawa dia ke sekolah , ada mini library di rumah untuk rujukan , ada ibu bapa yang tahu mengajar dan segala permintaannya untuk belajar dipenuhi .. jika dia gagal dalam peperiksaan , ibu bapanya boleh je masukkan dia ke mana2 kolej asalkan ada duit . dan akhirnya dia berjaya menjadi usahawan di syarikat milik keluarganya dimana bapanya memang nak dia jadi CEO syarikat walaupun tak berpelajaran ~

cerita ORANG MISKIN :
dia hidup sangat susah dan melarat. bapa kerjanya cuma pekebun dan ibunya suri rumah . tinggal pula dirumah yang sangat buruk dan usang . atap rumahnya bocor2 , apabila hujan , berbasahlah mereka . pendapatan bapanya cuma dalam 100 hingga 200 ringgit sahaja sebulan untuk menyara keluarganya yang ramai . dia pula tidak menerima bekal kesekolah . dia hanya akan makan apabila balik dari sekolah dan makanan rutinnya ialah nasi berlaukkan ikan masin dan ulam2an . itupun mereka tak akan dapat makan nasi jika beras sudah habis dan tiada duit untuk membeli lagi . dia hanya bersekolah di sekolah kerajaan dan setiap hari dia akan membaca AL-Quran dan berdoa kepada ALLAH untuk memberikannya kejayaan dan kesenangan didunia dan diakhirat . doanya termakbul dan dia berjaya mendaftar di universiti Al-Azhar . lalu menitislah air mata kegembiraan pada wajah tua kedua ibu bapanya yang sudah berkerah untuk mendidiknya . dia pun pulang ke kampung halamannya dengan membawa kejayaan besar lalu dia menjadi usahawan berjaya yang menubuhkan syarikat sendiri ~

jadi , yang mana satukah kita mahu contohi untuk kejayaan kita nanti ..??
ORANG KAYA atau ORANG MISKIN ?
cubalah renung2kan ~
:)

Friday, February 10, 2012

MENANGISLAH DI SINI , SEBELUM MENANGIS DI SANA !


Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata. Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan. Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah  air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang  dirasakan dekat,  mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali." Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu,  hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,  lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu,  nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran  sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami,  kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

Wednesday, January 25, 2012

BERTUDUNG LABUH ITU INDAH ..




Assalamualaikum ..

kali ini aku bawa masuk tajuk BERTUDUNG LABUH ITU INDAH .. aku mahu menceritakan tentang kisah hidup aku dengan tudung labuh ni .

aku mula kenal TUDUNG LABUH tu setelah menjejakkan kaki ke tingkatan 1 .. sekolah aku pada tahun 2010 memperkenalkan kelas KAA (Kelas Aliran Agama) dan batch aku ialah batch first sekali belajar kat kelas KAA .. batch aku ada 2 kelas KAA dan 3 kelas KRK .. aku ditkadirkan belajar dikelas KAA .. mula2 memang tak ikhlas dan tak rela hati masuk ke kelas KAA , apatah lagi guru yang mengajar Arab itu ialah ustaz yang sama mengajarku mengaji . duduk pun satu taman jee ..

pada awal tahun , kami murid KAA hidup dan belajar seperti biasa macam budak KRK .. lifestyle bebas , pakai tudung pendek , stokin pendek , sangul tinggi , lengan baju dilipat dan macam2 lagi . cuma penambahan bahasa arab saja dalam subjek pelajaran kami .. setelah masuk ke pertengahan bulan , ustaz mengumumkan sesuatu yang membuatkan murid2 perempuan KAA merungut .. ustaz mengarahkan kami memakai tudung labuh dalam masa 2 bulan .! aku sendiri dah membebel tentang arahan ustaz itu. katanya ,, ia menggambarkan peribadi seorang pelajar KAA .. bagi aku ,, kami sama saja dengan orang lain . bezanya , cuma belajar di kelas KAA ..

pada cuti sekolah , aku menyuruh ibuku menjahit tudung labuh untukku .. apabila sudah siap ,, aku try lah . bila aku tengok kat cermin ,, terasa buruk betul rupa aku pakai tudung labuh tuu ..! macam hape dah .! aku yang dah sedia gemuk ni makin nampak besar .! tak suka betul .!

naik sekolah , ada subjek arab . so , aku dengan tidak rela hatinya pakai jugak tudung tu sebab takutkan ustaz . tapi tudung tu tak serupa tudung labuh pun apabila aku cuba memendekkan dan menyingkatkannya dengan pelbagai cara . ramai jugak kawan2 yang bertudung labuh hari tu , tapi mulut masing2 membebel tidak sudi memakainya . aku juga . pada waktu Arab , ustaz memujiku dan beberapa kawan aku yang lain . katanya , "kan cantik pakai tudung labuh". tapi itu sementara je . esoknya aku pakai semula tudung pendek aku sebab tak ada kelas arab hari tu . aku rasa aku lagi cantik pakai tudung pendek tu .

sepanjang tahun 2010 , aku bertudung labuh tidak tentu .. kadang2 pakai , kadang2 tak pakai . bila masuk tahun 2011 , aku pakai tudung labuh sekolah selalu . tapi kalau keluar dari sekolah atau sekolah ada event apa2 , aku akan mengenakan tudung pendek saja . yela , aku takde tudung labuh lain selain tudung sekolah . bila nampak kawan2 macam nak tak nak je pakai tudung labuh , aku pun teringin nak ikut . bila ada PJK , aku pakai tudung sekolah yang pendek . tapi malu jugak bila ustaz tegur atau dok nengokk je aku pakai tudung tu .

namun , bila masuk bulan 10 je , aku sudah cuba2 pakai tudung labuh bila keluar jalan2 . dimana2 saja aku dah cuba untuk terus kekal bertudung labuh. Alhamdulillah , Allah bukakan pintu hati aku untuk bertaubat dan berubah setelah banyak dosa yang aku lakukan sebelum ini. aku dapat banyak motivasi bila aku sertakan diri dalam perkhemahan kempimpinan anjuran sekolahku. seorang ustaz berceramah disurau ditempat kami berkhemah . hujah2nya betul2 menusuk ke dalam hati aku . sampai rasa nak menangis pun ada . ALLAH MAHA BESAR , ALLAH MAHA AGUNG .. siapalah aku yang kerdil ini untuk melawan suruhan dan perintahnya .. aku takutkan ALLAH ..

setelah terasa diri ini insaf dengan segala cerita2 yang ustaz itu sampaikan ,, aku tekadkan dalam diri untuk berubah dan kekal bertudung labuh , berstokin , bersarung lengan atau segala2nya yang menutup auratku . aku juga terfikir untuk berpurdah . tapi mungkin belum tiba waktunya untuk aku memakainya . bila aku minta pendapat kawan2 , mereka kata , aku tak perlu terlalu drastik sangat berubah . bila aku tanya saja , air muka mereka berubah . dengan riak muka mereka saja , semangat aku jatuh sedikit untuk berubah . berderai air mataku kerana penghijrahanku tiada sokongan . namun aku cuba tabahkan hati . mungkin sudah cukup bertudung labuh . ia buatkan aku rasa selesa dan selamat .

dalam cuti sekolah , aku berjuang berdakwah tentang Islam dimana2 termasuk didalam Facebook . harapnya , ramai yang dapat terima . Alhamdulillah , kawan2ku jelas menunjukkan bahawa mereka menghormati perubahanku dan menyokongku . segelintirnya menentang dan menghentam aku habis2san . biarlah mereka yang masih lalai itu . semoga ALLAH bukakan pintu hati untuk mereka pula ...

masuk saja tahun 2012 ,, aku sudah bersedia berhadapan dengan apa jua cabaran hidupku disekolah . aku sedia maklum , ramai murid2 sekolahku tidak kira berada ditingkatan berapa tidak menyukaiku . aku sedia dikutuk atau diejek . bertudung labuh itu kolot ? berdakwah itu skema ? heyy , kawan .. apapun yang korang fikir , korang SALAH ..

aku selesa bertudung labuh . lelaki tidak memandangku . itu sudah sangat bagus sebab aku tak buat dosa dengan sesenangnya . lagipun , aku dapat tutup badanku daripada ditatap lelaki . heyy , berdakwah itu tanggungjawab ukeyy .. kita WAJIB sebarkan Islam . cari je kat internet , kan senang ?

aku akan terus mengekalkan pemakaian tudung labuh ini sehingga ALLAH tarik nyawaku , INSYAALLAH . doakan kejayaan atas penghijrahanku ini wahai sahabat2 sekelian ~

Sunday, January 22, 2012

~MY BELOVED FRIENDS~


MY BELOVED FRIENDS ~

gambar paling besar (gambar kelas) itu ialah kelas aku (2KAA2) untuk tahun 2011 ..! aku sayang semua kawan-kawan aku yang satu kelas dengan aku dulu ni .. cumasegelintir sahaja yang aku tak berapa 'sayang' .. hehe .. sorry to say my dear , ea ? huhu
semua kawan-kawan aku yang aku upload gambar diorang ni lerr yang aku paling suka jadik member diorang ..! diorang ni baik , kadang2 mengada pun ada ..! tapi itu lah adat orang berkawan , ye tak ??
I LOVE YOU ALLS VERY DEEP IN MY HEART .!!!!!!!!
korang semua kena tahu , aku sayang giler2 kat korang tau , bukan main2 ..! that's why , aku susah sikit nak marah2 korang .. :)
WE'RE FRIENDS UNTILL FOREVER ..!!!!

Friday, January 13, 2012

kelas 2KAA2 tahun 2012


kelasku semasa berada di Tingkatan 2 , iaitu 2KAA2 ..
depan sekali dari kiri : Nurul Afiqah (gali) , Nur Syaheeda (syeeda) , Mohammad Nur Faiz (syeeda) , Sir Firdaus (sir Fir) , Nur Izati (Zati) , Nur Syafinaz (Finaz) , Nur Fatihah (Teha Mohadlid).
tengah dari kiri : Nur Syaqinah (Qinah) , Hazira (Zira) , Maz Aniza (Maz) , Faraien Shaberina (Aien) , Fatin Amira (chubby) , Amirah Syahindah (mydon a.k.a aku) , Nurul Fatihah (teha roslan) , Shafiqah (sulong) , Anis Azilla (anis) , Nur Syuhadah (syud) , Marsitah (mar) , Dhiya Diyana (dhiya) , Nur Syafiqah (jul) , Anis (anis akil) , Farradiyana (farra) .
belakang dari kiri : Nur Syariz (aish) , Mohd Hafiz (apiz) , Muhammad Kamal Imran (kamal) , Muhammad Hamzi (hamzi) , Muhammad Zakwan (zack) , Amir Haiqal (milaww) , Muhammad Hanafy (napok) , Ain Nur Shaddiq (BD), Aminurrahman (amin) .
yang tiada dalam gambar ; Siti Maisarah (Mai) , Zareen Nur Syahirah (eryn) .

ISTIMEWANYA WANITA DI MATA ISLAM

wanita sering merasakan kewujudan mereka tidak berguna di bumi Tuhan ini. mereka memberi alasan seperti dibawah :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk”MEMERDEKAKAN WANITA “.
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan

Ingat firman Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka. (emansipasi ala western) Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum
buatan manusia. Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu (gently) terhadap isterimu. Adalah sabda Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah yang baik, maka surga adalah jaminannya. (untuk anak laki2 berlaku kaidah yang berbeda). Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk apresiasi absurd dan semu di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, niscaya surga menantimu

PERINGATAN!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.