AHLAN WASAHLAN ya sodiqoti ..!

selamat datang ke blog ana .. semoga kita dapat sama
sama menyebarkan agama ALLAH !! selamat berjuang dan salam ukhuwah ..!




Wednesday, January 25, 2012

BERTUDUNG LABUH ITU INDAH ..




Assalamualaikum ..

kali ini aku bawa masuk tajuk BERTUDUNG LABUH ITU INDAH .. aku mahu menceritakan tentang kisah hidup aku dengan tudung labuh ni .

aku mula kenal TUDUNG LABUH tu setelah menjejakkan kaki ke tingkatan 1 .. sekolah aku pada tahun 2010 memperkenalkan kelas KAA (Kelas Aliran Agama) dan batch aku ialah batch first sekali belajar kat kelas KAA .. batch aku ada 2 kelas KAA dan 3 kelas KRK .. aku ditkadirkan belajar dikelas KAA .. mula2 memang tak ikhlas dan tak rela hati masuk ke kelas KAA , apatah lagi guru yang mengajar Arab itu ialah ustaz yang sama mengajarku mengaji . duduk pun satu taman jee ..

pada awal tahun , kami murid KAA hidup dan belajar seperti biasa macam budak KRK .. lifestyle bebas , pakai tudung pendek , stokin pendek , sangul tinggi , lengan baju dilipat dan macam2 lagi . cuma penambahan bahasa arab saja dalam subjek pelajaran kami .. setelah masuk ke pertengahan bulan , ustaz mengumumkan sesuatu yang membuatkan murid2 perempuan KAA merungut .. ustaz mengarahkan kami memakai tudung labuh dalam masa 2 bulan .! aku sendiri dah membebel tentang arahan ustaz itu. katanya ,, ia menggambarkan peribadi seorang pelajar KAA .. bagi aku ,, kami sama saja dengan orang lain . bezanya , cuma belajar di kelas KAA ..

pada cuti sekolah , aku menyuruh ibuku menjahit tudung labuh untukku .. apabila sudah siap ,, aku try lah . bila aku tengok kat cermin ,, terasa buruk betul rupa aku pakai tudung labuh tuu ..! macam hape dah .! aku yang dah sedia gemuk ni makin nampak besar .! tak suka betul .!

naik sekolah , ada subjek arab . so , aku dengan tidak rela hatinya pakai jugak tudung tu sebab takutkan ustaz . tapi tudung tu tak serupa tudung labuh pun apabila aku cuba memendekkan dan menyingkatkannya dengan pelbagai cara . ramai jugak kawan2 yang bertudung labuh hari tu , tapi mulut masing2 membebel tidak sudi memakainya . aku juga . pada waktu Arab , ustaz memujiku dan beberapa kawan aku yang lain . katanya , "kan cantik pakai tudung labuh". tapi itu sementara je . esoknya aku pakai semula tudung pendek aku sebab tak ada kelas arab hari tu . aku rasa aku lagi cantik pakai tudung pendek tu .

sepanjang tahun 2010 , aku bertudung labuh tidak tentu .. kadang2 pakai , kadang2 tak pakai . bila masuk tahun 2011 , aku pakai tudung labuh sekolah selalu . tapi kalau keluar dari sekolah atau sekolah ada event apa2 , aku akan mengenakan tudung pendek saja . yela , aku takde tudung labuh lain selain tudung sekolah . bila nampak kawan2 macam nak tak nak je pakai tudung labuh , aku pun teringin nak ikut . bila ada PJK , aku pakai tudung sekolah yang pendek . tapi malu jugak bila ustaz tegur atau dok nengokk je aku pakai tudung tu .

namun , bila masuk bulan 10 je , aku sudah cuba2 pakai tudung labuh bila keluar jalan2 . dimana2 saja aku dah cuba untuk terus kekal bertudung labuh. Alhamdulillah , Allah bukakan pintu hati aku untuk bertaubat dan berubah setelah banyak dosa yang aku lakukan sebelum ini. aku dapat banyak motivasi bila aku sertakan diri dalam perkhemahan kempimpinan anjuran sekolahku. seorang ustaz berceramah disurau ditempat kami berkhemah . hujah2nya betul2 menusuk ke dalam hati aku . sampai rasa nak menangis pun ada . ALLAH MAHA BESAR , ALLAH MAHA AGUNG .. siapalah aku yang kerdil ini untuk melawan suruhan dan perintahnya .. aku takutkan ALLAH ..

setelah terasa diri ini insaf dengan segala cerita2 yang ustaz itu sampaikan ,, aku tekadkan dalam diri untuk berubah dan kekal bertudung labuh , berstokin , bersarung lengan atau segala2nya yang menutup auratku . aku juga terfikir untuk berpurdah . tapi mungkin belum tiba waktunya untuk aku memakainya . bila aku minta pendapat kawan2 , mereka kata , aku tak perlu terlalu drastik sangat berubah . bila aku tanya saja , air muka mereka berubah . dengan riak muka mereka saja , semangat aku jatuh sedikit untuk berubah . berderai air mataku kerana penghijrahanku tiada sokongan . namun aku cuba tabahkan hati . mungkin sudah cukup bertudung labuh . ia buatkan aku rasa selesa dan selamat .

dalam cuti sekolah , aku berjuang berdakwah tentang Islam dimana2 termasuk didalam Facebook . harapnya , ramai yang dapat terima . Alhamdulillah , kawan2ku jelas menunjukkan bahawa mereka menghormati perubahanku dan menyokongku . segelintirnya menentang dan menghentam aku habis2san . biarlah mereka yang masih lalai itu . semoga ALLAH bukakan pintu hati untuk mereka pula ...

masuk saja tahun 2012 ,, aku sudah bersedia berhadapan dengan apa jua cabaran hidupku disekolah . aku sedia maklum , ramai murid2 sekolahku tidak kira berada ditingkatan berapa tidak menyukaiku . aku sedia dikutuk atau diejek . bertudung labuh itu kolot ? berdakwah itu skema ? heyy , kawan .. apapun yang korang fikir , korang SALAH ..

aku selesa bertudung labuh . lelaki tidak memandangku . itu sudah sangat bagus sebab aku tak buat dosa dengan sesenangnya . lagipun , aku dapat tutup badanku daripada ditatap lelaki . heyy , berdakwah itu tanggungjawab ukeyy .. kita WAJIB sebarkan Islam . cari je kat internet , kan senang ?

aku akan terus mengekalkan pemakaian tudung labuh ini sehingga ALLAH tarik nyawaku , INSYAALLAH . doakan kejayaan atas penghijrahanku ini wahai sahabat2 sekelian ~

Sunday, January 22, 2012

~MY BELOVED FRIENDS~


MY BELOVED FRIENDS ~

gambar paling besar (gambar kelas) itu ialah kelas aku (2KAA2) untuk tahun 2011 ..! aku sayang semua kawan-kawan aku yang satu kelas dengan aku dulu ni .. cumasegelintir sahaja yang aku tak berapa 'sayang' .. hehe .. sorry to say my dear , ea ? huhu
semua kawan-kawan aku yang aku upload gambar diorang ni lerr yang aku paling suka jadik member diorang ..! diorang ni baik , kadang2 mengada pun ada ..! tapi itu lah adat orang berkawan , ye tak ??
I LOVE YOU ALLS VERY DEEP IN MY HEART .!!!!!!!!
korang semua kena tahu , aku sayang giler2 kat korang tau , bukan main2 ..! that's why , aku susah sikit nak marah2 korang .. :)
WE'RE FRIENDS UNTILL FOREVER ..!!!!

Friday, January 13, 2012

kelas 2KAA2 tahun 2012


kelasku semasa berada di Tingkatan 2 , iaitu 2KAA2 ..
depan sekali dari kiri : Nurul Afiqah (gali) , Nur Syaheeda (syeeda) , Mohammad Nur Faiz (syeeda) , Sir Firdaus (sir Fir) , Nur Izati (Zati) , Nur Syafinaz (Finaz) , Nur Fatihah (Teha Mohadlid).
tengah dari kiri : Nur Syaqinah (Qinah) , Hazira (Zira) , Maz Aniza (Maz) , Faraien Shaberina (Aien) , Fatin Amira (chubby) , Amirah Syahindah (mydon a.k.a aku) , Nurul Fatihah (teha roslan) , Shafiqah (sulong) , Anis Azilla (anis) , Nur Syuhadah (syud) , Marsitah (mar) , Dhiya Diyana (dhiya) , Nur Syafiqah (jul) , Anis (anis akil) , Farradiyana (farra) .
belakang dari kiri : Nur Syariz (aish) , Mohd Hafiz (apiz) , Muhammad Kamal Imran (kamal) , Muhammad Hamzi (hamzi) , Muhammad Zakwan (zack) , Amir Haiqal (milaww) , Muhammad Hanafy (napok) , Ain Nur Shaddiq (BD), Aminurrahman (amin) .
yang tiada dalam gambar ; Siti Maisarah (Mai) , Zareen Nur Syahirah (eryn) .

ISTIMEWANYA WANITA DI MATA ISLAM

wanita sering merasakan kewujudan mereka tidak berguna di bumi Tuhan ini. mereka memberi alasan seperti dibawah :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk”MEMERDEKAKAN WANITA “.
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : sholat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan

Ingat firman Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka. (emansipasi ala western) Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya / peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum
buatan manusia. Jagalah isterimu karena dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kita (kaum lelaki) berbuat baik selalu (gently) terhadap isterimu. Adalah sabda Rasulullah bahwa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah yang baik, maka surga adalah jaminannya. (untuk anak laki2 berlaku kaidah yang berbeda). Berbahagialah wahai para muslimah. Jangan risau hanya untuk apresiasi absurd dan semu di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, niscaya surga menantimu

PERINGATAN!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Monday, January 2, 2012

MAAFKANKU WAHAI SAHABAT ..

~semalam aku tertumpahkan air kau, aku minta maaf.
~semalam aku terkoyakkan buku kau, aku minta maaf.
~semalam aku terambil makanan kau, aku minta maaf.
~semalam aku tertolak kau, aku minta maaf.
~semalam aku terpatahkan pensil kau, aku minta maaf.
~semalam aku terbaling barang-barang kau, aku minta maaf.
~semalam aku terpijak beg kau, aku minta maaf.
~semalam aku tercampak kasut kau, aku minta maaf.
~semalam aku aibkan kau depan orang, aku minta maaf.
~semalam aku marah-marah kau, aku minta maaf.
~semalam aku gaduh dengan kau, aku minta maaf.
~semalam aku mengutuk kau, aku minta maaf.
~semalam akau fitnah kau, aku minta maaf.
~semalam aku tampar kau, aku minta maaf.
~semalam aku ejek kau, aku minta maaf.
~semalam aku tipu kau, aku minta maaf.
~semalam aku tersepak kau, aku minta maaf.

tapi....
hari ini aku datang meminta beribu keampunan daripada kalian. aku mohon pada kalian. aku tahu aku banyak buat salah. tapi tolonglah maafkan aku. tolonglah. ringankanlah bebananku. ampunkanlah dosa-dosa silamku. mengertilah kalian. kemaafan daripada kalian amat bererti buatku. aku pinta sekali lagi, maafkanlah segala dosa-dosaku terhadap kalian selama ni. maafkan sebelum nafasku terhenti.

YA MUJAHID WA MUJAHIDAH

1.ada orang yang suka berbohong akan kata;
"sekali sekla , apa salahnya?!"
sekali sekala ea ? nanti bila lidah You kena kerat , takde sekali sekala tau , memang berterusan azabnya !

2.ada orang yang tidak bertudung apabila ditegur ;
"ala , nanti tak nampaklah rambut I yang cantik ni . tak nampaklah colour perang nanti ! tak vogue tau pakai tudung! "
cik kak , kat akhirat nanti takde sape" yang ambil peduli rambut You yang ikal mayang tu ! siap dibakar rambutnya hingga mendidih otak lagi adalah !

3.ada orang yang pakai baju ketat , sendat mampat hingga tayang segala 'aset' tu bagi alasan ,
"hey , buat apa selama ni I diet nak dapatkan body langsing macam ni kalau kena pakai baju longgar-longgar ? tak nampaklah body I nanti ! lagipun , tak up to date lah I nanti ! seram!"
habis tu , kalau dah kat akhirat nanti , badan You dikerat-kerat dengan gunting neraka , You makan body You sendiri , You tak seram ??

4.ada orang yang melakukan zina suka sangat bagi alasan yang idiot ;
"ala , bro . kita muda-muda nak enjoy . happy dulu . seronok apa ?? ala , rugi tak rasa tau,"
kalau da keluar kalajengking dan segala macam haiwan daripada kemaluan You , ada rasa lagikah nak enjoy ?

5.ada orang yang tidak mahu bersolat bagi macam-macam alasan,
"I tak boleh solat lah"
"Ala , I tahu lah nak solat bila "
"Sekejap lagilah!"
"Esok I Qada' lah"
hai .. nanti dalam kubur , You stay lah dengan ular besar yang datang nak lilit You . Nanti di akhirat , You rasalah kepala You hancur yee ~

6.ada orang yang bila di ajak bertaubat,
"tunggu sampai seru, benda ni mana boleh paksa-paksa "
"dah tua nanti I taubatlah!"
hello , kita bila nak mati tak kira tua ke muda sayang oii .. kalau orang offer You buat maksiat , boleh je You rela hati pergi buat ? Kenapa rasa terpaksa pula bila di ajak bertuabat? heii ,, panasnya You nanti ye ~

7.ada orang yang bercouple cakap ;
"best apa couple ? ada orang yang faham I . ada orang yang sayang I . ada orang yang take care pasal I . suka suka suka !! terasa macam puteri ! ramai orang yang bercouple kot .. You tak nak ?"
oh , maaflah .. tak mainlah bercinta sebelum kahwin . lagipun , apa yang You rasa sekarang dan selepas putus nanti lain punyee .. percayalah . si dia bukannnya suka You betul" pun !

8.ada orang yang suka bergaul bebas , bercakap dekat-dekat antara laki perempuan , bertenung mata kata;
"rileks lah . nak tengok muka dia pun salahkah ?"
"ala , dekat-dekat ni pun atas urusan kerja kot~"
"zaman sekarang kena pandai sosial ! kalau tak , kuno lah jawabnya !"
rileks ? ouh , nak tengok muka orang bukan muhrim kita memang slah tambah berdosa lagi kecuali untuk menuntut ilmu yang diredhai ALLAH . tak kisahlah atas urusna kerja ke, apa ke , tetap salah dan berdosa lah syang ~ You tak belajar agamakah masa kecil'kecil dulu ? nak diajarkah? hoho .. kuno tak kuno , kalau kena azab seksa di neraka nanti , tak tahu !
p/s: buat mereka yang sudah bertaubat , anda bagaikan bayi yang baru dilahirkan . suci daripada segala dosa . bagi mereka yang dulunya 'tercemar' tetapi sudah bertaubat , begitu mulia anda di sisi ALLAH dan janganlah anda berputus asa dengan kehidupan ini. kita mesti bersemangat mengharungi kehidupan ke jalan ALLAH S.W.T. hatta lelaki mahupun perempuan , bertaubatlah kalian . sesungguhnya itu yang terbaik di dalam kehidupanmu .

WAHAI UMAT ISLAM..

WAHAI UMAT ISLAM,
tegurlah daku jika aku terlepas kata.
tegurlah daku jika terumpat atau memfitnah.
tegurlah daku jika lidah ini sering berdusta......

WAHAI UMAT ISLAM,
tamparlah daku jika khusyuk melayari laman sesawnag hingga lalai.
tamparlah daku jika melihat perkara maksiat.
tamparlah daku jika mata ini membiarkan maksiat berlaku....

WAHAI UMAT ISLAM,
rotanlah daku jika tidak bersolat.
rotanlah daku jika malas membaca AL-Quran
rotanlah daku jika badan ini longlai kemalasan melakukan suruhanNya....

WAHAI UMAT ISLAM,
pukullah daku jika tersepak makhluk ALLAH.
pukullah daku jika berlari daripada suruhan orang tua.
pukullah daku jika kaki ini melangkah ke tempat maksiat.....

WAHAI UMAT ISLAM,
cubitlah daku jika melawan cakap orang tua.
cuibitlah daku jika mendengar lagu-lagu yang melalaikan
cubitlah daku jika telinga ini sering mendengar umpatan keji....

WAHAI UMAT ISLAM,
bantulah daku ke jalan ALLAH..
bantulah daku mengatur langkah ke syurgawi..
bantulah daku menjauhi neraka jahanam..

WAHAI UMAT ISLAM,
marahilah dkau jika rambutku bebas melayang ditatap bukan mahram
marahilah daku jika tubuhku kedekut dengan kain untuk menutupnya
marahilah dkau jika auratku bukan lagi suatu rahsia untuk bakal suami/isteriku

WAHAI UMAT ISLAM,
daku sanggup menerima kepayahan di dunia ini.
daku snaggup menerima seksaan di dunia ini.
asalkan di akhirat nanti aku tidak diseksa...

WAHAI UMAT ISLAM,
bersama barsatu menegakkan agama ALLAH.
bersama berpadu tenaga menentang  musuh ALLAH.
bersama berkerjasama menyebarkan ajaran ALLAH...

WAHAI UMAT ISLAM,
daku mengharap semangat kalian.
semoga kita dapat sama-sama berjihad di jalan ALLAH.
sebelum kita terlambat untuk selama-lamanya......

Sunday, January 1, 2012

sahabat ~


video ni aku buat khas untuk kawan2 yang aku sayang .. kawan2 yang berada di dalan kelas KAA .. aku sayang kamu semua ~

gambar kenangan di jamuan ~


ni kawan2 aku ~ ni kitorang ngah makan masa jamuan kelas 2011 untuk kelas 2KAA2 ~
yang paling depan yang pakai spec tu nama dia SYAFIQAH SULONG ,
yang belakang dia pakai shawl putih tu nama ni SYAFIQAH HASSAN ,
yang tak tengok kamera tu nama dia AFIQAH ,
yang hujung sekali belah kiri tengok kamera tu nama dia SYUHADAH ,
yang depan Syuhadah tu nama dai IZATI ,
depan izati itu nama dia FATIN AMIRA ,
dan yang depan sekali tu sayalah , AMIRAH SYAHINDAH ! 

KISAH SEORANG GADIS

aku segera membuka kotak kasut yang terkandung diari-diari dan juga surat-surat yang memampatkan ruang . aku capai diari-diairi itu lalu ku baca. surat-suratnya juga ku baca. hatiku mula dilanda kesedihan tramat . oh kawanku ...
dulu , dia pernah ceritakan padaku ,,

~ibu bapanya selalu mengatakan dia anak derhaka kerana melawan cakap mereka . dia selalu berlaku kurang ajar pada mereka . dia juga seorang anak tidak berguna kepada ibu bapanya . ibunya juga mengatakan bahawa luarannya saja nampak baik , tapi dalamnya tidaklah sebagus mana . berpakaian saja ikut syarak , tapi perangai tidak pula..
~adik-beradiknya sering sakit badan kerana dia selalu memukul mereka. dia selalu menggunakan kekerasan kepada mereka . dia juga tidak sayangkan adik-beradiknya . pernah dia terbaca diari adiknya yang tertulis bahawa dia seorang kakak yang zalim dan hanya tahu menunjuk-nunjuk kononnya dia alim snagat untuk cari artikel-artikel tentang islam.
~kawan-kawannya selalu menangis kerana dimarahinya . mereka juga kecil hati kerana di sindirnya . kadang-kadnag pernagainya snagat menjengkelkan kawan-kawannya . konon memberi ceramah agama ,tetapi diri sendiri tidaklah baik mana !

kini , aku dapat mengetahui cerita sebenar ,, di dalam diarinya ,,
~"ibu dan ayah aku sering mengatakan aku anak derhaka. aku ini memang tak berguna pada mereka. aku selalu disisih. ibu lebih sayangkan adik-adik daripada aku. ibu selalu lebihkan barang-barnag adik-adik bila berbelanja. jika aku tanya kenapa , dia jawab , aku ni tak reti jaga hati mak bapak . aku tahu aku tak sepandai adik aku. aku sedar ittu. aku bukan berniat nak melawan cakap mereka. akku akan membela diri jika mereka menuduh aku jika aku tidak bersalah. mereka memang sering menuduh aku jika ada kesalahan. aku juga melawna kata mereka jika kata-kata mereka terpesong daripada syariat islam . jika mereka berbuat dosa , aku akan menegur , tetapi bagi mereka ,aku ni anak yang tak kenang budi, pandai pula nak mengajar orang tua. aku redha mereka menyumpah aku begitu"
~"adik-adikku , aku berkeras dengan korang sebab aku sayangkan korang . aku tak nak kornag terus membuat keslaahan. pada permulaannya aku menggunakan nasihat yang baik. namun korang tak juga mahu mendengar , malah menidakkan lagi nasihat aku . kornag memperlekehkan tugas aku untuk menyampaikan dakwah dan nasihat kepada korang . korang juga mengasari aku ,sebab itu aku mengasari korang . kornag sring anggap aku ni zalim . tapi korang tak pernah pula berterima ksih kerana jaga korang masa sakit , masakkan untuk korang , buatkan air untuk korang , jadikan bahu dan riba aku sebagai tempat ridur korang .. korang tak pernah hargai itu semua . korang tak pernah berterima kasih pada aku , tetapi pula mengatakan aku kakak yang zalim .."
~"kawan-kawan , aku juga menangis kerana kalian . hati aku sakit di ejek kalian . jiwa aku sunyi kerana tiada teman . semua ornag memandang rendah martabatku . aku tahu aku tidak secantik dan setanding kalian . aku memarahi kalian kerana kalian jga memarahi aku . aku hany tegakkan pendirianku . ya , didepan kalian aku tidak menangis, tetapi jiwa aku cukup terseksa dengan rasa berslaah dan kesedihan yang tak tertanggung ..pernahkah kalian hargai kasih sayangku kepada kalian? setiap hari aku pendam perasaan terhadap kalian . aku ingin juga mempunyai ramai teman . tapi aku tidak ada peluang itu . kawan-kawan , aku sedar aku cuma gadis biasa . kalau ada salahku , tegurlah aku . aku minta maaf jika teguran dan nasihatku pada kalian menyakitkan hati . aku juga insan biasa yang mealkukan keslahan . tapi janganlah kalian mengejek dakwah agamaku , kerana itu agamamu juga . aku sayang kawan-kawanku walaupun aku tak pernah wujud dalam diri kalian"

aku tutup diari-diarinya . terlalu banyak kesengsaraan hidup yang harus ditanggungnya . namun cuba digagahi dirinya agar tiada sesiapapun yang tahu bahawa dia sedang menderita dalam diam . mataku beralih pula pada surat-surat yang menimbun . teringat aku pada kata-katnaya , agar aku membaca surat yang bersampul ungu . aku capai dan ku buka perlahan-lahan sampulnya lalu ku baca suratnya ....

Assalamualaikum ..
kepada yang membaca surat aku ni , aku ucapkan terima kasih, aku harap kau dapat menghabiskan bacaan kau . kerana surat ini khas untuk kau , wahai sahabat sejatiku ....
                 terlebih dahulu , aku minta maaf pada kau sebab aku tak dapat jumpa atau hubungi kau sejak akhir-akhir ni . kau pun pasti dah tahu mengapa kan ? aku minta maaf sangat-sangat jika aku tak sempat berborak panjang pada kau .
wahai sahabat ,
                  aku amanahkan kau untuk simpan surat ini dan juga barang-barnag dalam kotak ini dengan baik . sampaikan salam aku pada keluargaku dan juga shabat-sahabat kita . aku rindukan korang semua . wahai sahabat ,, aku memilihmu untuk menyimpan kotak ini kerana kau selalu menemani sunyiku dan sedihku . aku terhutang budi pada kau . kau saja yang memahami aku selain ALLAH ..
wahai shabat ,,,
                  setiap hari aku berdoa agar suatu hari nanti aku tidak menyusahkan lagi keluargaku dan kawan-kawanku .. aku berharap semoga mereka dapat hidup tenang tanpa memikirkan lagi tentang diriku .. doaku makbul , sahabatku ... semoga pemergianku dapat menggembirakan mereka .
wahai sahabat,,,,
                   aku disahkan menghidapi tumor otak dan kanser hati .. lama aku diamkan hal ini daripada sesiapapun termasuk kau . sebab aku taknak risaukan kau dan menyusahkan lagi  orang-orang yang aku sayang. tapi , aku tak dapat terus merahsiaknnya . hari ini kau tahu juga . aku menulis surat ini sehari selepas aku ditahan di ICU . maafkan aku kerana membiarkan kau keseornagan .
                  aku minta maaf kerana tak dapat ketawa dengan kau lagi , kongsi makanan dengan kau lagi , nyanyi lagu dengan lagi dan aku dah tak boleh nak sma-sama berdakwah dengan kau lagi . kaau carilah kawna baru . aku tak akan kembali . terima kasih sebab jadi sahabat sejatiku ..
                                                                                                                                ~ikhlas dari aku~


aku menangis semahu-mahunya .. hatiku ngilu dan pilu .. begini sekali penderitaan kau .. maafkan aku kerana tak dapat menemani kau di saat akhir kau .. aku tak dapat menjadi sahbat yang baik .. aku minta maaf , kawan ...........

JIKA AKU MATI DAHULU ..

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan menjadi peneman sebelum tiba ajalku?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan mengajar aku mengucap syahadah?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan memandikan aku nanti?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan tolong mengebumikan aku?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan mendoakan rahmat ke atas rohku?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan menangis kerana permegianku?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan menyimpan gambar-gambarku di dalam diarimu?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan memaafkan segala dosa-dosaku padamu?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan mengenang kenangan bersama daku?

jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan tolong kemaskan barang-barang aku yang bersepah tu?

dan yang paling aku pinta,
jika aku mati dahulu,,
adakah kau akan membenciku?
adakah kau akan tetap sayangkan aku?
adakah kau tetap ingatkan aku?
adakah kau mendoakan aku?
adakah kau jadikan namaku sebahagian daripada doamu?
adakah??

jika aku mati dahulu,,
aku ingin kau melakukan yang lima di atas untukku..
aku tidak mengharap yang selebihnya...

SEORANG PEJUANG AGAMA

seorang pejuang agama
dicaci, dimaki, dihina
dikatakan SIAL
oleh mereka yang JAHIL
kerana dianggap seorang yang kolot
seorang pejuang agama
difitnah, dikutuk, dizalimi
oleh mereka yang JAHIL
namun semakin banyak tohmahan negatif,
makin kebal iman seorang pejuang agama...


seorang pejuang agama
memang dibenci mereka yang JAHIL
tapi disayangi mereka yang WARAK
dan ALLAH S.W.T...


seorang pejuang agama
berani dikutuk, digelakkan
oleh mereka yang JAHIL
kerana kelak mereka yang JAHIL
akan dikutuk dan meraung
di dalam NERAKA JAHANAM....


seorang pejuang agama
memang hidup penuh masalah
dalam menyebarkan agama.
hanya mereka yang tabah saja
berani menjadi pejuang agama
kerana mereka yang JAHIL
ta akan sanggup hidup menderita.
mereka yang JAHIL hanya tahu berseronok
menikmati DUNIAWI dan sanggup menangis
dibakar diNERAKA pula....


seorang pejuang agama
sudah biasa menempuh dugaan
kerana iman dan takwa sebagai penguat
mereka yang JAHIL tak akan sanggup berdepan dugaan
kerana iman tiada dalam diri mereka........


perjalanan hidup seorang pejuang agama
memang penuh rintangannya
sengaja ALLAH berikan dugaan
DIA mahu melihat
sejauh mana atau sekuat mana iman hambaNYA
dalam menyebarkan ajaran agamaNYA..


perjalanan hidup seorang pejuang agama
memang dipandang serong
memang inilah takdirnya
jika jalan ini mudah,
jika jalan ini senang,
pasti ramai yang akan mengikutnya.
namun jalan ini tidak semudah itu
hanya PEJUANG AGAMA
mampu menempuhinya...........

ANTARA ORANG DENGAN MANUSIA

ORANG : rambut u kertinting, sebeb tu u pakai tudung!
MANUSIA : lebih nyaman pakai tudung daripada freehair macam kau. rebond je kot
rambut kau tu.. tak asli tak asli
...
ORANG : pakai baju jarang2, cantik! laki boleh tergoda dengan body i yang slim ni
MANUSIA : habis tu, apa yang tinggal lagi untuk suami kau?!

ORANG : mekap tebal2, baru cun! taklah pakai purdah macam u! malu tunjuk muka
u yang hodoh lah tu!
MANUSIA : lebih rela aku sembunyikan wajah aku daripada dipandang lelaki
daripada mekap macam opera cina sebab nak tutup cela MACAM KAU.

ORANG : ewww, pakai tudung labuh, baju labuh, nak cover body u yang gemuk tu
lah tu!
MANUSIA : lagi selesa pakai camni daripada pakai ketat2 macam sosej!

ORANG : pakai stokin, kaki tak lawa lah tu! berkurap!
MANUSIA : berkurap pun, pandai aku cover. kau? kaki berkudis pun nak pakai skirt

ORANG : pakai sarung lengan, tak nak orang nampaklah tu tangan u yang keras tu
MANUSIA : baguslah, sebab aku nak suami aku je yang tengok dan pegang tangan
aku bila kahwin nanti

ORANG : wah, ada ustazahlah!! macam ustazah pilihan!
MANUSIA : kesian aku kat kau.. agaknya kalau takde rancangan tu, kau tk tahu kan
apa tu ustazah?! simpati doe kat kau..

ORANG : ele, pakai macam ni bukan baik pun!
MANUSIA : better lagi aku nak pakai macam ni, kau nak?

ORANG : ele, mulut mencarut juga!
MANUSIA : aku ke kau? mulut aku ni untuk sebut nama ALLAH je. kau ada?

ANTARA JANTAN DAN LELAKI

ANTARA JANTAN DAN LELAKI ;

♥ apabila nampak gambar seksi awek kat facebook,,
JANTAN : awak comellah , saya suka !! (dengan love berjuta2)
LELAKI : ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM .. aurat2 !!
...
♥ apabila nampak awek gila cun tambah seksi,,
JANTAN : pergghh ,, awek cun siottt !! usha jom !! aku dah takleh tahan lagi dok !
LELAKI : (tutup mata, terus blah sambil mengucap)

♥ apabila belajar,,
JANTAN : bosan gila study ! ponteng jela~
LELAKI : dah besar nanti, kalau aku tak belajar, tak dapat kerja bagus, camne nak sara anak bini? study2 !!

♥ apabila nampak perempuan berjubah, bertudung labuh,,
JANTAN : hahaha, gila ar! ada ustazah siot !! macam selimut aku tengok !
LELAKI : SUBHANALLAH ,, cantiknya ciptaan ALLAH yang sopan ini .. semoga isteriku begitu juga ..

♥ apabila malam,,
JANTAN : kau tunggu je. malam ni kita rempit 50 kilometer non stop ! pergi pub , minum sampai muntah !!
LELAKI : malam ni aku nak habiskan baca satu juzuk AL-QURAN ..

♥ apabila digoda awek,,
JANTAN : ok , no hal ! malam ni jumpa ! sayang you baby ! muuahh !
LELAKI : maaf , saya tak mahu bercinta sebelum kahwin .. saya nak perbanyakkan dulu cinta saya pada ALLAH ..

♥ apabila bekerja,,
JANTAN : settle ! gaji aku ni , boleh aku buat joli satu malam ! haha .. semua betina aku tibai !!
LELAKI : ALHAMDULILLAH . aku nak simpan gaji ni untuk masa susah aku ..

♥ apabila berkahwin,,
JANTAN : ah, kau dah tak cantik ! aku boring ngadap muka kau je ! blah la !
LELAKI : sayang , abang akan jaga sayang dan anak2 kita sampai hujung nyawa abang ..

so , korang rasa ,, korang JANTAN ke LELAKI ?? fikir2kanlah ~
tekan LIKE dan komen kalau LELAKI ! sila kutuk note ini kalau JANTAN !