ada DUA jenis orang yang berjaya untuk dicontohi ;
~ ORANG KAYA yang berjaya
~ ORANG MISKIN yang berjaya
cerita ORANG KAYA :
dia hidup dengan tersangat mewah dan mempunyai syarikat keluarga . dia belajar pun di sekolah swasta , tuisyen sana sini , siap ada guru tuitor sendiri , ada laptop sendiri untuk mencari maklumat , ada driver untuk bawa dia ke sekolah , ada mini library di rumah untuk rujukan , ada ibu bapa yang tahu mengajar dan segala permintaannya untuk belajar dipenuhi .. jika dia gagal dalam peperiksaan , ibu bapanya boleh je masukkan dia ke mana2 kolej asalkan ada duit . dan akhirnya dia berjaya menjadi usahawan di syarikat milik keluarganya dimana bapanya memang nak dia jadi CEO syarikat walaupun tak berpelajaran ~
cerita ORANG MISKIN :
dia hidup sangat susah dan melarat. bapa kerjanya cuma pekebun dan ibunya suri rumah . tinggal pula dirumah yang sangat buruk dan usang . atap rumahnya bocor2 , apabila hujan , berbasahlah mereka . pendapatan bapanya cuma dalam 100 hingga 200 ringgit sahaja sebulan untuk menyara keluarganya yang ramai . dia pula tidak menerima bekal kesekolah . dia hanya akan makan apabila balik dari sekolah dan makanan rutinnya ialah nasi berlaukkan ikan masin dan ulam2an . itupun mereka tak akan dapat makan nasi jika beras sudah habis dan tiada duit untuk membeli lagi . dia hanya bersekolah di sekolah kerajaan dan setiap hari dia akan membaca AL-Quran dan berdoa kepada ALLAH untuk memberikannya kejayaan dan kesenangan didunia dan diakhirat . doanya termakbul dan dia berjaya mendaftar di universiti Al-Azhar . lalu menitislah air mata kegembiraan pada wajah tua kedua ibu bapanya yang sudah berkerah untuk mendidiknya . dia pun pulang ke kampung halamannya dengan membawa kejayaan besar lalu dia menjadi usahawan berjaya yang menubuhkan syarikat sendiri ~
jadi , yang mana satukah kita mahu contohi untuk kejayaan kita nanti ..??
ORANG KAYA atau ORANG MISKIN ?
cubalah renung2kan ~
:)